Wednesday, November 17, 2010

Perantau Nun Jauh di Selatan


Dah pukul 8.30pm. Hurm... Macam dah takbir jer.. Tiba-tiba mesej masuk. Eyh? Ibu mesej! :D *senyum girang*

"Salam Aidil Adha, dah masak rendang dan rebus ketupat.
Ha.. ha.. Dua orang anak ibu kat luar negara. Ibu Rindu.."


Adoiysh.. Awal-awal tak terasa sendu perantau plak.. Alih-alih dapat SMS terus dupdapdupdap jantung rasa nak pecah sebak di hati. Kebetulan I dengan adek tak balek beraya tahun ni. Perli nampak cakap kami di luar negara. Hoho.. Rindu rendang ibu!

I ingatkan Raya Korban sebagai perantau takdelah feeling mana. Tapi adoiyai! Lagu Raya berlambak-lambak pulak didendang-dandungkan kat radio buatkan mata nak bergenang-genang pulak macam tengok cerita Armageddon. Eysh! Susah betol jadi perempuan. Meleleh jer reti. HAHA!

Kenapa I tak balek eyh? Antara alasan-alasannya:

1.Nak naek bas, memang tak larat lah tido 4jam lebeh-lebeh dalam tuh.

2.Nak naek kereta, lagilah tak kuasa nak tekan pedal minyak lama-lama. Tempuh jem lagi.

3.Nak naek kapal terbang, fulus halang pulak. Hoho.


Okeh! Nak tido. Esok hajat nak tengok lembu tumbang. Harap-harap sempat tengoklah. heheh.. Kepada yang mampu Solat Raya tuh, sila-sila lah tunaikan yer? Later~

:)

2 comments:

  1. kahkahkah, gambar tu yg k pilih
    tak jadi mata wa berkilat

    ReplyDelete
  2. ceh! gelak besar syot.. kire semat ah tuh.. huuu~

    ReplyDelete

Flatter me, and I may not believe you. Criticize me, and I may not like you. Ignore me, and I may not forgive you. Encourage me, and I may not forget you.