Monday, June 27, 2011

Why ahh???

Aku ade beberapa pertanyaan, kemusykilan, kekeliruan yang aku tak dapat nak figure out sendiri. Orang kata, Malu bertanya sesat jalan kan? Kadang-kadang GPS pun tak boleh harap kalau kita sesat. So, aku wondering..........


Kenapa KTM (komuter) pada awalnya bergerak dengan konsisten perlahan tapi berhenti secara tiba-tiba apabila berada dalam kawasan Sg.Buloh ke Kuang? Bukan setakat berhenti, siap mati lampu, mati aircond lagi selama lebih kurang 10-15 saat. Kenape yer? 



Kenape pemandu teksi tak suka bagi signal kalau nak ke kanan atau ke kiri? Adakah itu akan membuatkan gaji mereka dipotong setiap kali signal digunakan?



Kenape lelaki suka cakap pemandu wanita lembab, terlalu berhati-hati? Bila pemandu wanita tuh bawak kereta serupa jantan, boleh pulak si lelaki mengomel berbahaya lah, bawak macam haram lah ape lah. Kenape yer? Berat sebelahan nampak?



Lagi satu, kenape kaum Adam tak reti / paham icon 'ladies coach' terpampang besar-besar depan pintu komuter tuh, sampai maen masuk jer sambil buat muka kerek? Bila dah kena tegur dengan pihak ketapi baru korang terhangak-hangak muka merah tahan segan kan? Aish.... Tak paham aku.


deng..

3 comments:

Flatter me, and I may not believe you. Criticize me, and I may not like you. Ignore me, and I may not forgive you. Encourage me, and I may not forget you.