Satu keluarga menonton cerita Kabhi Kushi Kabhi Gham. Sampai scene Shah Rukh Khan ditendang keluar dari famili.
Aku : Tak payah lah menangis ayah. Akak rilek jer.. HAHAHAHA
Ayah : (sambil mengesat air mata) Kau ape taw? Kau takde sentimental value.
Aku : AHAHA. Masalahnya cerita nieyh dah ulang-ulang kali kut tengok. kehkeh
Ayah : Orang tua lain. Hati sensitif lebih. Kau kalau kawen nanti ayah tak tahuler.. Mahu tak keluar bilik lepas walikan kau kang.
Aku : -.-"
Situasi 2
Di meja makan sewaktu makan tengahari
Ayah : Makan kerabu ni! Penat mak kau masak
Aku : Tak nak.... ! Kan orang tak makan sayur.
Ayah : Ah kau! Ayah doa-doa kau kawen dengan laki fanatik sayur. Takde sayur, tak boleh makan. Padan muka.
Aku : Alah. Small matter. Masak jelah untuk die. Not a big deal. Lalalala
Ayah : Eleh.. Nak masak konon, sayur bayam dengan kangkung pun tak reti nak beza. HAHA
Aku : -.-"
Situasi 3
Aku demam panas. Langsung tak boleh bergerak bangun dari katil
Ayah : Pegi klinik amek ubat nak?
Aku : Kan dah tahu kaklong tak makan ubat?
Ayah : Habes tuh? Dah terok sangat ni? Mata pun merah-merah berair. Panas dalam ni.
Aku : Alah.. 2 ari lagi elok ah.
Ayah : degil kan kau nieyh??!! EEEIIIIYYYY!!!! Sekarang rapat-rapat berboipren dengan orang Jawa. Nanti lepas kau bersalin, ayah nak tengok macam mana kau telanjamu-jamu, ubat periuk semua tuh. Tunggulah....
Aku : -.-"
SAYA SAYANG AYAH SAYA :)
No comments:
Post a Comment