Hey! I see you!

The Landlord

My photo
Lewat remaja. Engineer. Ghimau.

Follow me?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, January 5, 2011

Serabut

Aku serabut sekarang. Aku main taip je nieyh. Agak-agak kalau annoy, ampun maaf dipinta. :)

***

wah! cukup tujuh! aku cop kaler peach (2 dari kanan) :P


Umur sekarang kalau ikut tahun, 23 tahun. Ermmm..... dah layak dipanggil dewasa. Rasa janggal pegang buku Remaja atau Seventeen. Adakah aku yang mengalami perubahan fasa, atau orang-orang sekeliling aku yang berubah? Aku rasa lain.

Dah tahun akhir ni macam-macam aku fikir. Nak tinggalkan alam belajar. Nak masuk alam pekerjaan (insyaAllah). Fikiran mula menjadi matang. Kawan-kawan aku yang ala matang-matang ayam pun dah mula fikir pasal kahwin. Takut! Bukan fikir lagi, siap dah bertunang and dah plan nak kahwin sebelum graduasi lagi. Memang kejutan budaya (bagi akulah).

Ni nak kongsi rasa sikit. Biasalah, masa belajar ada geng sekepala kan? Aku ada gak, membe rapat seramai tujuh orang termasuk aku. Dulu masa masing-masing takde pasangan (kalau yang dah berdouble pun act macam single je), semua satu kepala. Ronggeng sini, ronggeng sana. Flirt ciput sini, flirt ciput sane. Kepala otak semua gila pikir belajar dengan enjoy sahaja.

Sekarang bila dah makin matang, kuantiti membe yang dah berdouble (in a serious way) bertambah, keseronokan hidup bujang (belum berstatus 'married') berkurang. Masa borak sama-sama, ada segelintir layan handphone sambil senyum-senyum. Bila plan nak keluar sama-sama, ada jugak sorang dua tersangkut dengan komitmen lain. Bila dah plan nak pergi hang out bersama-sama tujuh orang, mulalah sorang dua terpaksa cancel last minute atas alasan 'ngedate' lah, apalah, macam-macam lagi.

Benda ni semua normal ke? Aku rasa aku noob bab ni. Baru couple, hubungan antara kawan dah terjejas situ-sini, kalau dah kahwin nanti macam mane yer? huish! tak terbayang tahap keretakan hubungan itu. Ada rakan aku kata "benda ni temporary sahaja. Mungkin masing-masing dalam fasa angau/mabuk chenta. Sabar suder". Hurm, aku rasa macam dah lama sabar, hubungan still tawar. Adakah ini petanda aku tak patut menaruh harapan tinggi dalam perhubungan kawan-kapal (friendship) ni? dimana semuanya akan kembali kepada sediakala. Hurm..... (sigh)

Mode pasrah saje. huu..... :(

Tuesday, January 4, 2011

Q : Is it true?

"Arguing on the internet is like competing in the special olympics. Even if you win, you're still retarded."



A : I think so :)


Please. No offense.

Catatan itu sesuatu

 

Dulu-dulu masa sekolah rendah, cikgu selalu ingatkan aku salin nota yang dia tulis kat papan hitam. Entah aku paham entah tidak aku bantai salin jer semua. Lagi laju cikgu tulis, lagi ke arah kedoktoran tulisan aku. Lagi penuh papan hitam cikgu conteng, lagi kuat mengeluh aku, sambil berzikir "bilalah nak habes nieyh? hoh!".

Naik sekolah menengah, cikgu disiplin suruh aku bertugas mencatit nama budak-budak buat masalah. Datang lambat ke sekolah, memang sah-sah muka aku yang menempek kat pagar sekolah tulis-tulis nama. Kalau tak sempat tulis, tarik baju dia, sound sikit, "masuk baju dalam seluar, terima kaseh". Lepas perhimpunan, selambe pulak aku kena catit nama budak-budak yang pakai setokin kaler pelangi (padahal aku sendiri layan), rambut ala-ala amoi keje saloon, buat tali leher jadi pekasam kat umah, semua tak lepas jadi mangsa aku. kat kantin pulak jadik mak guard tengok barisan. Choiy!

Masuk Matrikulasi Perak, ibu pesan "Catat segala isi-isi penting yang pensyarah cakap kat depan. Sediakan buku nota khas. Jangan melopong-menganga jer tengok kosong dia membebel ". Aku pun, beli notebook chantek-chantek, tapi harem.... isi takde. Sayang nak conteng. Hoho.. Takut pulak nak menodai buku tuh.

Sekarang dah sampai semester terakhir (insyaAllah), aku mula nak mula hobi baru. Berkepit dengan Diary. Nak tulis setiap momen-momen penting dalam tuh. Make it usable. Tapi, bukan macam typical Diary tu yer - Those synopsis/summary of what you have done through out the day. Oh! bukan seperti itu. Instead, semua meetings (eceh, macam kerja CEO. haha), appointments, agendas, pasti akan aku catit. Tak lupe list-list barang untuk aku shopping. Juga aku catit dalam Diary itu. Macam ala-ala korporat kan? HOHO



Setakat ini misi berjaya. rasa macam kehidupan serabut aku lebih teratur. Lebih skema diriku dibuatnya. Bila lagi nak skema kan?Time belajo ler. Betol tak? Betol tak? kui kui.

p/s : Semangat lebih nak layan diary sebab perasaan teruja terlebih dapat free diary TNB edition. Color hijau pokok pisang.. Spoil betol.. hoho

***

Sukelah dengar lagu ni. Boleh tahan gak Katy Perry nyanyi live kan? :)


Monday, January 3, 2011

Baru

Kepala BERGEGAR!! Alarm clock roomate kuat gilak nak bagi 1 UTM dengar. Tuan punya handphone selambe parking sebelah benda bingit bangat tuh sedap lena pulak diulit mimpi maen snooze-snooze pulak mende alah tuh. Hangin!.



Selamat Tahun BARU !
Sampai sekarang tak terpikir nak buat azam ape. Nak berazam kena pikir banyak kut. Takut tak tertunai kan dah terasa macam LOSER. Bagi aku, cukuplah buat satu azam (kira yang utama lah). Kalau setakat side-side effect tuh orang kata pandang-pandang jeling-jeling jer lah. Yelah kan, beria nak berazam panjang berjela, list sane sini, tampal setiap board kat bilik tu, tak terbuat jugak.

Lagi satu, nak berazam ni, kena lah jujur-jujur sikit, ikhlas-ikhlas banyak dengan diri sendiri. Kalau berazam sebab nak show off dengan orang lain, pi main jauh - jauh. Takde orang nak ambik tahu. Okeh? Clear? Bagus.


Selamat masuk Semester BARU !
Untuk budak-budak uni yang baru-baru nak masuk semester baru ni, mesti semangat berkobar-kobar nak belajar kan awal-awal semester ni kan? Harap-harap berpanjangan lah yer (cakap untuk diri sendiri juge. keh keh). Jangan hangat-hangat tahi ayam je sudah. Lagi-lagi untuk yang baya aku. final semester ni (insyaAllah). Mintak-mintak lancar semuanya. Amiiiin... :)

Entry aku harini ala-ala baik kan? Takde mood plak nak merapik pelik-pelik.

p/s : Bangun-bangun pagi tengok slip pendaftaran terus EMO. Damn! Satu subjek tak terdaftar lagi. Cam haram! sengal. Pdahal aku dah daftar baek punya semester lepas. Eysh! saje nak menambah keje lah nieyh. Choiy!!!

Shareaholic!