Entry pertama aku bulan ni.
Kelmarin.
Tibe - tibe aku terasa nak online. Nak bukak email berhabuk. Nak bukak blog bersawang. Nak bukak twitter bersarang labah-labah. Hati rasa pelik jer. Jiwa rasa kacau. Tiba-tiba surprised kan? Cik anon datang menyinggah lagi. Kawan aku da cakap, "Buang jer shoutmix ko tuh". Aku degil. Saje nak tengok ade lagi tak orang berpikiran sempit taraf boleh produce klaustrofobia.. Rupanya..
Ade.. Macam-macam expression aku tunjuk.
Ekspresi 1: Ketawa terbahak-bahak.
Ekspresi 2: Terdiam sekejap. Terpikir "Nak balas ke tak. Nak balas ke tak?"
Ekspresi 3: Emosi sebentar. Pikir. Ape yang aku buat sampai cik anon mara sangat? Erm?
Ekspresi 4: ....................... (tutttttt.............) blur..
Semalam.
Aku bosan. Aku ngantuk. Aku malas. Breakfast tak buat. Adek aku pergi kerja kelaparan. Lunch tak buat. Adek aku balek dari sekolah termenung tengok meja di dapur. Ini baru jadi temporary surirumah. Tak official lagi. Kalau betol-betol kejadian aku jadi surirumah. Hancus.
Hari ini.
Semangat sikit nak bangun. Menyesal pulak tak buat ape-ape semalam. Harini mahu tebus. Pagi-pagi dapat morning call, dapat berita tak best.. Event keep delayed.. Emosi sikit tapi I'm cool.. I can handle it.. hoho.. bajet..
Baru aku perasan harini rumah bersepah gila. Ni kes ibu balas dendam ker hape suh aku mengemas rini. Letih di situ.
Tibe-tibe tak cecah tengah hari lagi, dapat cerita tak best pulak dari pihak laen. Sabor jerlah kan hati oiyy.....
Seronok layan prepare untuk lunch, tibe-tibe gigi geraham ketiga belah atas kiri buat hal pulak. Dia nak membesar lagi ataw dia dah
ditebuk tupai dicemar bakteria , aku pun tak taw. Nak pegi klinik gigi.. Malas pulak. Minyak tinggal ciput jer. Saving lebey sikit weyh sejak2 berjinak-jinak dalam profession tanam anggur nieyh. hoh...
Bila sakit gigi.. Sume antibodi aku yang menjaga imunisasi badan aku ni gi berperang lah.. Tak pasal dahi mula rasa panas denyut-dengyut. Ini boleh bikin penyeksaan berperingkat. Full package. :(
Bila sakit gigi.. Mula lah taknak makan.. Seksa weyh. Bila satu hari tak makan. Mulalah bibir pecah pecah. Seksa lagi weyh..
Esok.
Aku harap hari esok lebih indah.
InsyaAllah :)