Dari dulu aku tak pernah terpikir nak buat benda alah ni. almaklumlah tak fotogenik :P.
Tapi....
Lepas aku close deal dengan Official Photographer aku, Awantona Production, diorang offer untuk FOC prewed photoshoot. Benda free, grab lah. LOL
***
Sharing sikitlah.. A few details to look into in planning prewed photoshoot.
- Tema : Aku pening fikir nak buat tema ape? Google sampai nak muntah. Keluarlah tema "Good Girl vs Bad Boy", "Rock Couple", "Contradict Personality", "Cia Cia Cia" dan macam-macam. Last aku decide, "Spontaneous". krik krik..
- Pakaian : Benda ni pon boleh buat gaduh. HAHA. Sebab aku dengan tunang aku totally different baik fizikal / fashion sense. Beriya lah pikir nak sedondon lah, ape lah.. Last2, kitorg go with "Fashion ikut taste sendirik". krik krik again..
- Tarikh : Tarikh ni berkait rapat dengan tempat. Kalau pilih jenis taman / cafe, which is tempat favourite public lepak2, pilihlah time working days and sila pilih waktu pagi (lighting cantik). Aku pilih pagi to tengahari (silap kitorang bangun lambat masing-masing haha!) and hari Jumaat, 31.3.2017. Yes gua ambil Annual Leave (AL).
- Tempat : Ni paling aku headache nak pilih. Google tempat macam-macam keluar. Mula-mula aku nak pilih tempat rare macam grafitti kat Pasar Seni / Laman Seni Shah Alam. Tapi OP advised picture nanti jadi macam flat, takde 3D effect lah. Gitulah pakar cakap. So aku carilah tempat cantik effect macam FRIM Kepong, dengan Bukit Takun, Templer. Turnout dedua kena bayar around RM100 kalau nak buat this kind of photoshoot. Memang tak dapek lah aku nak keluar duit lol. Last last kitorang buat kat Taman Saujana Hijau, Putrajaya. FOC sajee. Tempat Che Ta buat dulu... (retis lah cuollss).
And paling best buat shoot dengan photographer ni (Zul), dia tahu nak buat pose apa and dia cepat gila bagi gambar kitorang (dalam masa dua hari je).
XOXO
No comments:
Post a Comment