Hey! I see you!

The Landlord

My photo
Lewat remaja. Engineer. Ghimau.

Follow me?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, January 25, 2018

Trip to Makassar #2 #throwback

Hi all,

Thowback again. Continue from part 1.

So the next day we decided to go to TAMAN WISATA ALAM BANTIMURUNG. Naik ape? Naik pete-pete.. For total FIVE freaking hours (return time)!!! Pergh kebas punggung duduk dalam ni sebab the seat die ermm kusyen ratio like 10% je tinggal on the papan LOL.


Eventhough it was not straight 2.5 hours.. just because we decided to randomly hop on pete-pete yang lompat-lompat.. took risk, with no clue what we are doing, where were we going... Percaya je kat lokal.. Lucky us, tak jumpa yang maling.. semuanya OK!

Selamat Datang ya..

Cave trekking

Air die lawa.... No filter ok during 2006 HAHA
And then balik tuh lapa gilos!!!!!!!!!!!!! Singgah makan KONRO BAKAR area hotel kitorang. Tak tipu wey! Sedap gila namati!

Makanan wajib di Makassar aside from coto-coto.
Next day, kitorang pergi TRANSSTUDIO MAKASSAR THEME PARK. Indoor. Kebetulan time kitorang datang.. ade performance naks tart.. Join lah~


Sis Sara membeli tiket


Then Selasa the next day, kitorang pergi MALINO TEA PLANTATION. Sejuk! By the way, pete-pete yang bawak kitorang hantar sampai entrance je.. sebab dia kata tak boleh masuk.. then dengan gagah nye sis berdua jalan kaki 2-3 km jugak turun naik. Pergh.. nasib baik sejuk and view mantops :D



Balik tuh driver pete-pete baik hati singgah beli tembikai manis gilos (tak tahu lah sebab kitorang lapar ke hape kan?) haha! Perut kedepan! haha



Last day, kitorang nak checkout.. abang driver (sumpah handsome tapi da kahwin) singgah nak belanja air tebu. Tapi kami tidak berapa selera (takut sakit perut).. I'm not drinking tebu even in Malaysia pon


HAHA.. So that's about it! Hope you guys yang rasa nak out of mainstream, nak pegi Makassar, hope this can help you guys.. If not all, bits pon ok.. One thing for sure, the people super kind and super friendly.. ade je anak muda yang naughty sikit (tapi biasalah) and the food like seriously senang gile nak carik (Muslim majority) and murah alahaiii... :)



Salam~

Sunday, April 9, 2017

Pre-wedding photoshoot | Countdown to #maeleeq

Hah cerita sikit pasal pre wedding photoshoot.

Dari dulu aku tak pernah terpikir nak buat benda alah ni. almaklumlah tak fotogenik :P.

Tapi....

Lepas aku close deal dengan Official Photographer aku, Awantona Production, diorang offer untuk FOC prewed photoshoot. Benda free, grab lah. LOL

***

Sharing sikitlah.. A few details to look into in planning prewed photoshoot.
  1. Tema : Aku pening fikir nak buat tema ape? Google sampai nak muntah. Keluarlah tema "Good Girl vs Bad Boy", "Rock Couple", "Contradict Personality", "Cia Cia Cia" dan macam-macam. Last aku decide, "Spontaneous". krik krik..
  2. Pakaian : Benda ni pon boleh buat gaduh. HAHA. Sebab aku dengan tunang aku totally different baik fizikal / fashion sense. Beriya lah pikir nak sedondon lah, ape lah.. Last2, kitorg go with "Fashion ikut taste sendirik". krik krik again..
  3. Tarikh : Tarikh ni berkait rapat dengan tempat. Kalau pilih jenis taman / cafe, which is tempat favourite public lepak2, pilihlah time working days and sila pilih waktu pagi (lighting cantik). Aku pilih pagi to tengahari (silap kitorang bangun lambat masing-masing haha!) and hari Jumaat, 31.3.2017. Yes gua ambil Annual Leave (AL).
  4. Tempat : Ni paling aku headache nak pilih. Google tempat macam-macam keluar. Mula-mula aku nak pilih tempat rare macam grafitti kat Pasar Seni / Laman Seni Shah Alam. Tapi OP advised picture nanti jadi macam flat, takde 3D effect lah. Gitulah pakar cakap. So aku carilah tempat cantik effect macam FRIM Kepong, dengan Bukit Takun, Templer. Turnout dedua kena bayar around RM100 kalau nak buat this kind of photoshoot. Memang tak dapek lah aku nak keluar duit lol. Last last kitorang buat kat Taman Saujana Hijau, Putrajaya. FOC sajee. Tempat Che Ta buat dulu... (retis lah cuollss).
And paling best buat shoot dengan photographer ni (Zul), dia tahu nak buat pose apa and dia cepat gila bagi gambar kitorang (dalam masa dua hari je). 

Sedikit untuk tatapan :P








XOXO

Monday, April 3, 2017

Kad Kahwin (DIY lukis peta guna Microsoft Powerpoint) | Countdown to #maeleeq

Ok ni baru cakap pasal kad kahwin.

Mula-mula aku plan nak design, print sendiri kad kahwin ni. Tapi, bila pikir-pikir aku malas pulak nak habeskan masa nak carik idea kreatif untuk design those cards (masalah OCD ni selagi tak puas hati, tak boleh move on buat kerja lain. so macam buang masa).

So aku pergilah tempah. tapi bajet memang kaw-kaw lah.

1. RM350 + RM30(postage)
2. 1000pcs
3. Saiz 6x6 inch untuk kedua-dua belah L&P
4. Free 2 bunting

Aku kira puas hati dah.. hihi..

Then bila all planning (date, time, venue da in place), aku pon walk in untuk tempah design bagai. Masa tempah tuh, baru aku ingat aku tak draft peta pon lagi. Dah lah ambil masa 28hari untuk tempahan siap. Majlis kurang 3 bulan lagi. #paniksekejap. HAHA

Lalu aku pon google-google cara mudah untuk design. Aku tahu boleh sketch je on paper, conteng gituh2 and WA je designer. Tapi aku malas nak layan orang typo lah, pastu dia punya visi tak menepati taste aku (mungkin dia ala2 hipster, aku ala2 moden.. haa kan da kontra tuh).

Jadi untuk mengelakkan 2, 3 kali draft berbalas-balas email, aku buat sendiri peta sehabis baik supaya dia boleh tengok betapa cerewetnya visi dan misi bridezilla sorang ni LOL

Bila aku google, keluar lah macam-macam software orang recommend.. And ada suruh guna photoshop lah ape lah.. Aku aim Excel / Powerpoint je.. Basic. Simple. Minimalis #eh..

Banyak bebel..

***

So aku plan buat sendiri guna powerpoint. Kepada sesiapa yang plan nak buat sendiri kad / peta dan jenis malas nak digest new software.. Mari ikut langkah-langkah saya :)


1. Carik existing map dalam kad kahwin area rumah korang. Disebabkan lokasi aku di kampung, so aku prefer map dari highway and lalu landmark-landmark yang dikenali. And pastikan korang faham map tuh baru guna as contoh. Jangan korang pon tak faham, lepas tuh nak bagi orang faham pulak. Krikk..


2. Buka Powerpoint. Jadikan Blank Layout as base. Senang.


3. Start design jalan tiru saja peta yang da ada tuh. Aku bagi tips untuk design jalan nye ye. Bawah ni contoh untuk simpang 4 & roundabout. Harap korang faham. huhu.


4. Lepas tu bolehlah tambah accessories macam anak panah, traffic lights, landmarks (stesen minyak, sekolah and etc.) Semua icon-icon ni korang boleh google je. Disebabkan aku nak hantar ke designer.. aku google gitu-gitu je malas nak pikir sebab confirm dorang da ade database unuk icon-icon ni kan? :)


5. Then, double triple check jalan semua rerasa cam da complete, bolehkan pass to your designer or kepada sesiapa yang DIY, boleh lah dengan happy nya group kan all of your titik peluh ni dan save as picture, letak kat ruangan peta dalam kad jemputan korang. siap! HAPPY tak? HAPPY tak?  



Goodluck uollss!!


XOXO

Tuesday, March 21, 2017

Invitation Cards | Countdown to #maeleeq

Post kedua for to day! KPI one post per month. Ni da terlajak March, kita balas sekali banyak hihi.

Kad jemputan.

Oh nak bagitahu awal-awal.. Ni bukan pasal kad kahwin taw. Ni pasal kad notifikasi untuk menjemput Pengapit, Dulang Boys & Gegurls~ Tujuan? Nak guide diorang on the attire and untuk booking diorang siap-siap untuk majlis nanti. Disebabkan aku ni macam ade minor OCD sikit. So, kalau benda-benda macam tak sync, nanti hati ada sikit itu rasa kelat lah. huhu..

Merepek or leceh eh? Nak wat cane.. Aku memang suka buat-buat2 kad ni. Tapi kreatif ke idok, tak tahulah.. yang penting SUKA :P

1. Kad untuk pengapit (i chose my lovely cousin.. huuuu):


2. Kad untuk Dulang Girls 

I chose my favourite girls. Tapi ada changes sikit. Ada dua orang tak dapat join sebab tuntutan kerja and sorang lagi maybe dalam pantang time majlis aku. LOL. Lucky me, I have my school bestie (hubungan aku dengan diorang ni pelik sikit, Kitorang jarang borak even dalam WA, sampai setahun kekadang tak dengar khabar berita, tapi once jumpa, terus "click"! takde awkward2.. Awesome gila!).


2. Kad untuk Dulang Boys 

Ni pihak lelaki pilih calon-calonnya. Aku cakap syarat dia, ada sikit jambu pon jadilah. Jangan muka rempit sangat. HAHAH. Tapi kad confirmlah aku yang design tapi En Mael ade komen-komen lah.. demand plak zzzzz



Benda ni tak wajib pon.

Saje suka-suka nak ada memory. Bila lagi boleh gedik macam ni kan? HIHI..

Okaylah.. Cukuplah setakat ni.
XOXO

Shareaholic!