Hey! I see you!

The Landlord

My photo
Lewat remaja. Engineer. Ghimau.

Follow me?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, February 2, 2018

Wedding Budget Guide | Countdown to #maeleeq

Disclaimer: Post ni bukan untuk riak tapi sebagai panduan untuk bakal pengantin.

***

Senang cerita aku ni kedekut bertempat. Tapi lumrah lah perempuan.. Nak yang cantek je..
Dealing with wedding preparation.. Banyak sangat aku kena muhasabah diri, prioritize mana perlu mana sekadar kemahuan. 

Impian sebenar aku:
Rent 1 big luxury bungalow with garden theme for two days, Buat majlis berinai+BBQ, khatam quran and nikah. With close family as guests.

Ikot hati, nak je buat gah2 kat hotel semua bagai, bagai tetamu rasa aircond, naik pelamin gah2, makan kambing golek bagai.. Tapi........ bila fikir RM50k -100k aku nak habeskan dalam masa 1 hari.. Ermm.. rasa tersedak air liuq HAHA. Ni nak spend RM10k pon banyak kali tersedak...

Tapi jangan ingat kita bash orang buat besar-besaran ye.. Kalau mampu, duit memang simpan untuk perkahwinan impian semua, apa salahnya kan? :D Yang happy, yang menanggung awak jugak .. gituu..

Basically cara aku ni, aku guna prioritisation method. Dalam masa yang sama kena entertain banyak request dari parents dan sedara-mara.... :

1. Photographer paling penting sebab nak gambar cantik and nampak professional.
2. Makeup pon penting. Taknak nampak macam makcik bawang sangat.
3. Pelamin aku so-so je sebab buat kat laman rumah, so buat pelamin cantek mana pon kalau sedara sekeluarga semua nak tangkap gambar dengan pengantin, hilang semua deko tuh zzz...
4. Kad Jemputan aku print sendiri, sebab aku tahu orang akan buang dalam tong sampah jugak. 
5. Door gift aku buat food-based je sebab kalau bagi buku yasin semua tuh, kadang orang simpan berhabuk dalam almari je (tembak dahi sendiri), kan da mensia-siakan ilmu tuh.. Kalau bagi food, orang makan then buang jelah bekas nye. Setel
6. Photobooth aku teringin nak buat sebenarnye sebab boleh buat ole-ole untuk tetamu kan? Tapi bila fikir, berapa orang makcik lah yang tahu guna and simpan gambar-gambar ni, and harga die pon beribu. So macam tetttttt.... lain kali je lah..
7. Baju nikah aku tempah simple supaya boleh pakai balik
8. Baju sanding (kena jugak sebab parent suruh) aku sebenarnye tak kisah janji affordable and just nice. 
9. Aku just manjakan pengapit & dulang girls aku sikit, sponsor kain untuk siorang tapi aku sponsor pon takdelah beribu habes.. Oklah.. Nak buat chantek gambar nanti apa salahnya bagi.. Sebab diorang da tolong kite kan? :D
10. Catering ni aku terpaksa order sebab taknak bapak aku pening and penat time majlis.. Walaupun menu simple.. Tapi syukur jelah kita masih dpaat makanan ye dok? HAHA (nak sedapkan hati)
11. Barang hantaran memang aku particular sikit sebab benda nak pakai sendiri.. Kalau nak beli murah ke mahal janji benda tuh akan dipakai. Pasal bilangan tuh, terpaksa ikut orang tua yang decide.. Ikot hati aku, Aku nak 3 balas 1 je LOL.
12. Last sekali, pasal cincin, cincin memang last minute aku beli. Harga so-so je sebab boleha de alasan mintak cincin baru lagi 5 tahun.. Hadiah anniversarry katenye LOL! 

Amboi luahan hati.

Haha.. Ok then my wedding cost breakdown - Bole tiru template for guidance:


Jadi, di sini aku dapat simpulkan dari planning stage sampai the real day, ada few points:
  • Wedding planner/maid of honor/person in charge sangat-sangat lah penting masa event. Sebab time tuh, korang da busy jadi raja/ratu sehari tapi semua benda orang tanya kau kalau kau takde PIC on the day. "Bila nak sanding? Bila nak start ini? Macam mana ni food tak sampai lagi? Orang menari da sampai then nak letak dorang kat mana?" Aku time ni agak emosi r sebab aku da sediakan event flow, da siap print da siap explain and brief tapi still orang tanya. So aku decide aku lepaskan beban yang di galas ke bahu adek perempuan aku.. Rasa ringan lepas tuh HAHA. 
  • EMCEE+PA System wajib ade. Supaya takde kacau bilau flow event.
  • Pegang kata-kata ni : "On the day, there will be something deviates from your plan. When it comes, let it be.. Smile and go forward" :)
  • Paling penting : PUAS HATI, majlis berjalan lancar with bumps, tak hujan, affordable budget, more to spend post-wed. Duit "salam kaut" pass semua kat ayah buat duit belanja~ Moga rezeki kami makin murah.. Ameen~
Good Luck!

Thursday, January 25, 2018

Trip to Makassar #2 #throwback

Hi all,

Thowback again. Continue from part 1.

So the next day we decided to go to TAMAN WISATA ALAM BANTIMURUNG. Naik ape? Naik pete-pete.. For total FIVE freaking hours (return time)!!! Pergh kebas punggung duduk dalam ni sebab the seat die ermm kusyen ratio like 10% je tinggal on the papan LOL.


Eventhough it was not straight 2.5 hours.. just because we decided to randomly hop on pete-pete yang lompat-lompat.. took risk, with no clue what we are doing, where were we going... Percaya je kat lokal.. Lucky us, tak jumpa yang maling.. semuanya OK!

Selamat Datang ya..

Cave trekking

Air die lawa.... No filter ok during 2006 HAHA
And then balik tuh lapa gilos!!!!!!!!!!!!! Singgah makan KONRO BAKAR area hotel kitorang. Tak tipu wey! Sedap gila namati!

Makanan wajib di Makassar aside from coto-coto.
Next day, kitorang pergi TRANSSTUDIO MAKASSAR THEME PARK. Indoor. Kebetulan time kitorang datang.. ade performance naks tart.. Join lah~


Sis Sara membeli tiket


Then Selasa the next day, kitorang pergi MALINO TEA PLANTATION. Sejuk! By the way, pete-pete yang bawak kitorang hantar sampai entrance je.. sebab dia kata tak boleh masuk.. then dengan gagah nye sis berdua jalan kaki 2-3 km jugak turun naik. Pergh.. nasib baik sejuk and view mantops :D



Balik tuh driver pete-pete baik hati singgah beli tembikai manis gilos (tak tahu lah sebab kitorang lapar ke hape kan?) haha! Perut kedepan! haha



Last day, kitorang nak checkout.. abang driver (sumpah handsome tapi da kahwin) singgah nak belanja air tebu. Tapi kami tidak berapa selera (takut sakit perut).. I'm not drinking tebu even in Malaysia pon


HAHA.. So that's about it! Hope you guys yang rasa nak out of mainstream, nak pegi Makassar, hope this can help you guys.. If not all, bits pon ok.. One thing for sure, the people super kind and super friendly.. ade je anak muda yang naughty sikit (tapi biasalah) and the food like seriously senang gile nak carik (Muslim majority) and murah alahaiii... :)



Salam~

Sunday, April 9, 2017

Pre-wedding photoshoot | Countdown to #maeleeq

Hah cerita sikit pasal pre wedding photoshoot.

Dari dulu aku tak pernah terpikir nak buat benda alah ni. almaklumlah tak fotogenik :P.

Tapi....

Lepas aku close deal dengan Official Photographer aku, Awantona Production, diorang offer untuk FOC prewed photoshoot. Benda free, grab lah. LOL

***

Sharing sikitlah.. A few details to look into in planning prewed photoshoot.
  1. Tema : Aku pening fikir nak buat tema ape? Google sampai nak muntah. Keluarlah tema "Good Girl vs Bad Boy", "Rock Couple", "Contradict Personality", "Cia Cia Cia" dan macam-macam. Last aku decide, "Spontaneous". krik krik..
  2. Pakaian : Benda ni pon boleh buat gaduh. HAHA. Sebab aku dengan tunang aku totally different baik fizikal / fashion sense. Beriya lah pikir nak sedondon lah, ape lah.. Last2, kitorg go with "Fashion ikut taste sendirik". krik krik again..
  3. Tarikh : Tarikh ni berkait rapat dengan tempat. Kalau pilih jenis taman / cafe, which is tempat favourite public lepak2, pilihlah time working days and sila pilih waktu pagi (lighting cantik). Aku pilih pagi to tengahari (silap kitorang bangun lambat masing-masing haha!) and hari Jumaat, 31.3.2017. Yes gua ambil Annual Leave (AL).
  4. Tempat : Ni paling aku headache nak pilih. Google tempat macam-macam keluar. Mula-mula aku nak pilih tempat rare macam grafitti kat Pasar Seni / Laman Seni Shah Alam. Tapi OP advised picture nanti jadi macam flat, takde 3D effect lah. Gitulah pakar cakap. So aku carilah tempat cantik effect macam FRIM Kepong, dengan Bukit Takun, Templer. Turnout dedua kena bayar around RM100 kalau nak buat this kind of photoshoot. Memang tak dapek lah aku nak keluar duit lol. Last last kitorang buat kat Taman Saujana Hijau, Putrajaya. FOC sajee. Tempat Che Ta buat dulu... (retis lah cuollss).
And paling best buat shoot dengan photographer ni (Zul), dia tahu nak buat pose apa and dia cepat gila bagi gambar kitorang (dalam masa dua hari je). 

Sedikit untuk tatapan :P








XOXO

Monday, April 3, 2017

Kad Kahwin (DIY lukis peta guna Microsoft Powerpoint) | Countdown to #maeleeq

Ok ni baru cakap pasal kad kahwin.

Mula-mula aku plan nak design, print sendiri kad kahwin ni. Tapi, bila pikir-pikir aku malas pulak nak habeskan masa nak carik idea kreatif untuk design those cards (masalah OCD ni selagi tak puas hati, tak boleh move on buat kerja lain. so macam buang masa).

So aku pergilah tempah. tapi bajet memang kaw-kaw lah.

1. RM350 + RM30(postage)
2. 1000pcs
3. Saiz 6x6 inch untuk kedua-dua belah L&P
4. Free 2 bunting

Aku kira puas hati dah.. hihi..

Then bila all planning (date, time, venue da in place), aku pon walk in untuk tempah design bagai. Masa tempah tuh, baru aku ingat aku tak draft peta pon lagi. Dah lah ambil masa 28hari untuk tempahan siap. Majlis kurang 3 bulan lagi. #paniksekejap. HAHA

Lalu aku pon google-google cara mudah untuk design. Aku tahu boleh sketch je on paper, conteng gituh2 and WA je designer. Tapi aku malas nak layan orang typo lah, pastu dia punya visi tak menepati taste aku (mungkin dia ala2 hipster, aku ala2 moden.. haa kan da kontra tuh).

Jadi untuk mengelakkan 2, 3 kali draft berbalas-balas email, aku buat sendiri peta sehabis baik supaya dia boleh tengok betapa cerewetnya visi dan misi bridezilla sorang ni LOL

Bila aku google, keluar lah macam-macam software orang recommend.. And ada suruh guna photoshop lah ape lah.. Aku aim Excel / Powerpoint je.. Basic. Simple. Minimalis #eh..

Banyak bebel..

***

So aku plan buat sendiri guna powerpoint. Kepada sesiapa yang plan nak buat sendiri kad / peta dan jenis malas nak digest new software.. Mari ikut langkah-langkah saya :)


1. Carik existing map dalam kad kahwin area rumah korang. Disebabkan lokasi aku di kampung, so aku prefer map dari highway and lalu landmark-landmark yang dikenali. And pastikan korang faham map tuh baru guna as contoh. Jangan korang pon tak faham, lepas tuh nak bagi orang faham pulak. Krikk..


2. Buka Powerpoint. Jadikan Blank Layout as base. Senang.


3. Start design jalan tiru saja peta yang da ada tuh. Aku bagi tips untuk design jalan nye ye. Bawah ni contoh untuk simpang 4 & roundabout. Harap korang faham. huhu.


4. Lepas tu bolehlah tambah accessories macam anak panah, traffic lights, landmarks (stesen minyak, sekolah and etc.) Semua icon-icon ni korang boleh google je. Disebabkan aku nak hantar ke designer.. aku google gitu-gitu je malas nak pikir sebab confirm dorang da ade database unuk icon-icon ni kan? :)


5. Then, double triple check jalan semua rerasa cam da complete, bolehkan pass to your designer or kepada sesiapa yang DIY, boleh lah dengan happy nya group kan all of your titik peluh ni dan save as picture, letak kat ruangan peta dalam kad jemputan korang. siap! HAPPY tak? HAPPY tak?  



Goodluck uollss!!


XOXO

Shareaholic!