Hey! I see you!

The Landlord

My photo
Lewat remaja. Engineer. Ghimau.

Follow me?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, February 28, 2011

Nobody's Perfect

Nak tulis surat rasmi macam pelik,
Nak tulis surat tak rasmi takut dunia huru - hara,
Nak tulis surat layang di kecam pengecut, 
Nak tulis luahan dalam blog orang kata syok sendiri (SS).



Tiba-tiba aku pasrah kalau orang kata aku SS.


 


Kepada dot dot dot..

Kau tahu kan lagu Hannah Montana yang agak-agak popular tu? "Nobody's Perfect"? Aku rasa ko tahu. Dan aku rasa kau lagi tahu maksudnya ape kan? Boleh tak aplikasi kan dalam hidup kau? Tahu kan semua orang tak sempurna. Masing-masing ada cacat cela. Perlu ker kau sentiasa ulang dan ulang keburukan seseorang itu sampai jadi bahan gurauan. It is not joke duhh. Really. It is one hell serious matter. No need to make fun of others which you don't have the right to. Aku tak cakap aku baek sangat sampai tak mengutuk, tak mengumpat cela orang. Semua maklum, kita manusia, makhluk yang lemah, kebanyakan tunduk bawah hasutan syaitan (nauzubillah~). Tapi, aku rasa 'kawal' itu perlu. Kalau tak dapat tolak nafsu nak mencela, tolong control kata-kata kesat. Aku rasa itu penting. Jangan pikir kau sorang jer ada hati, ada perasaan. Orang lain pun ada.

Harap maklum.

Sunday, February 20, 2011

Wednesday, February 16, 2011

Nescafe bukan superhero aku

Hari ini dalam sejarah.


Satu hari tak berkelip mata memandang tulisan kat laptop. 

Satu hari bukak lebih daripada 20 technical reports. Bukan sebarang technical report, jenis report yang kalau baca satu ayat, tak confirm boleh paham atau masuk otak. 

Satu hari tak mengadap makanan hatta gula-gula seketol. 

Satu hari tak pegang Shokubutsu nak layan shower.

Satu hari tak dengar radio even satu alunan music pun tak kedengaran dalam bilik.

Satu hari tak terpesong tengok movie atau video klip korea melainkan technical report semata-mata.


Baru aku sedar, aku boleh menjadi pelajar yang tegar apabila berhadapan dengan assignment terlebih deadline. Fuhh! Esok ada test KILLER MASYUK punya. Tapi............emosi aku masih terganggu. Dah pergi soul therapy menyopping tadi pun tak heal lagi. Macam mane? Maulidur Rasul takde fireworks.. Aku tak minum nescafe.. Tarikan graviti terhadap mata berkadar terus dengan masa.. so how? hoh..(-.-")






Doakan aku TEGAR study untuk test pulak. Aja-aja!

Monday, February 14, 2011

"Happy Valentines" ucapan kontroversi

Tak sabar aku nak melawat blog-blog berteraskan pendapat universal harini. Mesti banyak benda dorang kupas. hihi.. Curious.. Curious.. :)


Anyway, aku tak ade pendapat atau persoalan nak dilempar kali ni. Cuma ucapan :



Happy Chocolates and Teddy Bears Day :)
14th February 2011


(: Happy always



Saturday, February 12, 2011

Cakap je tak guna, bro

Tajuk nak skema jer... Hurm.. dah lama tak bebel.. malam ni pun nak bebel mood kureng suda.. Banyak pulak mende aku pikir sekarang. Ni belum kawen lagi kut. HAH. Kalau dah... Tak tahu lah apo nak jadi ehh jang oyy...


1. Assignments berlambak tak tahu macam mana nak mula buat
2. Assignments berlambak yang sangat-sangat leceh dan perlukan ketelitian nak diselesaikan
3. Assignments berlambak yang perlukan perintah berkurung dalam library satu hari
4. Projek yang tak tahu nak entah ke mana melelong leleng sekarang


Orang kata kalau pikir jer.. cakap jer.. senarai jer..tapi tak guna jugak kalau tak bergerak kan? Contoh, idea seorang makhluk ni berdegar-degar + hebat + bernas tak hengat, tapi setakat omong kosong tak reti nak jayakan, takat angan-angan mat jenin jugak bende tu.


Lagi satu, kalau banyak dalih sampai berjanggut pun takkan terbuat nye sesuatu kerja tuh. Alasan pun sampai seribu alasan keluar, tak payah berangan lah sesuatu benda tuh akan settle dengan sendirinya.





Jadi, sebagai kesimpulan,

Sila berusaha berfikir, Sila berusaha bergerak, Sila berusaha bertawakal, InsyaAllah BERJAYA :)


P/S : Muhasabah kat diri sendiri juge. hihi
P/P/S : Sekarang dalam proses transform hati basah jadi hati kering balek. Doakan aku sukses!

Friday, February 11, 2011

Aku ni sebenarnya degil ke berfikir panjang?

Kalau kaki cramp, agak-agak nak buat camne bagi heal eyh?

Oh.. aku cramp bukan kerana pemakaian kasut tinggi. Harap maklum :)

Kalau aku letak minyak angin MUSTAJAB jer, agak-agak mujarab tak untuk betis bunting padi aku yang tak berapa sihat nieyh? Kalau satu hari dah berlalu tapi still terasa sengalnya, itu NORMAL ker? hurm?????


Pagi tadi, Encik AINI suruh aku letak minyak panas dengan 'stretching' sekali kaki ni. Korang mesti tak tahu kan nak stretching macam mane? Meh aku ajar, bak kata Encik aini ;

"Duduk.. Luruskan kaki.. Capai guna tangan.. sampai rasa strecth.. Kalau ade membe tolong tolak belakang, lagi sedap.."


Hurm.. takutlah nak buat. duduk luruskan kaki pun dah terasa sakit, nak maen tegang-tegang otot pulak. Kalau tak buat, tak elok kang, turun saham aku. Jalan pun dah terhincut-hincut ala-ala mak dara tua. Hoh!


P/S : Masalah hidung tak setel lagi, kaki dah masuk line.. Aigoo.. :(

Saya bukan LESBIAN



Aku tak tahu kenape aku sekarang boleh terjerumus ke lembah "Addiction to Korean". Aigoo! Tulun.. tulun... (Aik! macam Sutun.. Sutun pulak.. LOL).. Rakan-rakan aku ramai gila usha mamat-mamat korean yang putih ala-ala milky skin plus jambu banget tambah muscle berketul-ketul. Kalau korang dengar amplitude suara dorang terjerit-jerit tengok gelagat jejaka-jejaka jambu tersebut mengoyakkan baju masing-masing masa menari, memang kompom mak mentua reject. heheh


Tapi aku songsang sikitlah.. Aku macam tak into lelaki-lelaki tersebut, tapi adore sangat lah pulak kat awek sorang nieyh, namanya LEE HYORI :)




Dia digelar "Sexy Queen" kat Korea ah. Dan aku rasa anti-fans dia lagi ramai daripada peminat dia sendiri. Sebab makhluk-makhluk yang obses teruna korean memang tak suke die. Sebab dia di kira dalam kategori gediks sikit kut. Kawan aku cakaplah. heh. Tapi dia tersangatlah sporting dan cool. Tak cover-cover cute macam awex korean lain. Whoops! Sorry .. No offense.


Aku start suka dia masa layan cerita ni, "Family Outing". Syiok! Sempoiy giler.. hee~



U Go Girl....

Segan ah entry ni. Haish!



Aish! Topic pelik lah maw maen discuss-discuss. Hurm.. My current status : 




A long distance relationship 

A part of you has grown in me.
And so you see, it's you and me
Together forever and never apart,
Maybe in distance, but never in heart.


P/S : Valentines day? Mesti ada ramai blogger nak berhujah pasal bende nieyh 14 February nanti kan? Tak sabar nak layan.. hee..

Wednesday, February 9, 2011

When the Heart Speaks 3


Communication is everything in maintaining one relationship.

Kalau masing-masing dah tak bertegur. Hati masing-masing dah tawar. Masing-masing dah tak ade modal nak berborak. Tak guna nak pertahankan jambatan yang dah nak roboh kan? :)


p/s : Teknologi perhubungan sekarang penting kan? Kalau internet palat, handphone haram, poket kering nak topup kredit, long distance relationship will be damn spoiled then.

Tuesday, February 8, 2011

Nak pergi lagi boleh?



Dulu ade satu jer tempay peberet aku yang aku teringin nak pergi berkali-kali sampai puas hati. Orang kata kalau perempuan jer, tempat peberet mesti shopping complex. Mesti punyelah.. Aku pun kaki shopping jugak, kalau ade duitlah, kalau takde, jangan harap aku nak window-window, buat telan air liur jer. takde guna. 


Tempat peberet nombor SATU :

Nampak tak aku buat peace tuh :)
First time aku tutup mata main bende-bende macam ni. Jantung tercabut wa cakap lu :P

GENTING HIGHLAND THEME PARK :)


Aku pernah pergi sekali jer. Itupun dengan family. Best gile! Adek-adek aku semua layan kuwt. Even si kecik yang berumo 13 tahun time tuh. Memang cara ah. Tapi yang tak best nye, beratur hampir 20minit main permainan tak sampai 5minit. Tapi keterujaan die mantop sampai aku sanggup nak beratur lagi 20minit semata nak main lagi dan lagi dan lagi. Hihi.


Tapi lagi, hari aku pegi layan tuh tak kena lah sangat sebab petang nye hujan lebat lah pulak, aku beli tiket outdoor jer pulak tuh, haram tak dapat layan semua. Keciwa lah jugak :[ . Tapi sesape yang ade plan nak pegi, ROGER aku weyh! mana tahu aku free, boleh layan sesame kan? :)


***


Ampun seribu kali ampun.. Aku dah lama gila tak update blog. Tak usha blog. Facebook pun sipi-sipi.
Internet connection punye pasal. Challenge ini pun aku layan asal boleh layan jer. Huhu. Sorry r.. Gong Si Fatt Choiy aaa :)

Tuesday, February 1, 2011

Restoran melayu atau maple?



Aku ni pelik sikit.. Kalau pasal tempat makan memang aku tak cerewet sangat. Kalau pasal makan, iya. Hihi. Asal tempat tuh ade makanan yang aku boleh bedal, no hal. Tapi melampau lah kan kalau nak makan kat tepi longkang ker ape ker. Kat bus stop pun aku boleh layan. BETOL! tak tipu. hiks


Tapi kalau nak ikut tempat favourite aku ada beberape choice lah.. Tapi tajuk nieyh kata place bukan places. Haish! Hurm.. Senang citerlah kan.. Kalau diberi pilihan, aku lebih selesa restoran melayu daripada maple. Restoran yang bukan mewah sangat macam dalam hotel gitu. Tak selesa jugak aku kalau kena cover-cover makan kat tempat-tempat camtuh. hoh!


Tapi dalam bebanyak tempat, aku suka gile makan kat Sizzling Stonegrill :) Aku penah layan tempat ni tyme orang belanje. Wah! Marvellous! Kenyang banget! Perut penuh takde space dah sampai tak larat nak berjalan dah tyme tuh.. huu~






Tapi, sebenarnye jauh sudut dalam hati aku, aku sangat-sangat minat makan kat "Chicken Rice Shop". Memang makanan dia kena dengan taste aku yang suka tawar-tawar, panas-panas, bersup-sup tuh. Tapi, apekan daya, sorang membe aku cakap "Chicken Rice Shop" tak halal. So, terpaksa ar stop suke kedai tuh. [sigh]


Tapi, antara tempat laen yang aku suke makan ialah 

Malay Village, Johor
Rumah Limas, Danga Bay
Cucuk, Danga Bay


p/s : Teringin nak try kedai 7Spice.

Asal boleh jerlah..



Siape tak tahu ape benda nieyh? Sila hantuk kepala kat dinding 77 kali.. Hihi.. Ini ar benda last aku beli guna duit sindri.


Apa dia? Tiket wayang (FASTER)

Bila? 29 January 2011

Katne? Mid Valley Megamall

Kenape? Sebab KHURAFAT nye tiket sold out! Hampeh!


Nak aku review ker cerita nieyh? Hurm.. Tak best ah sangat. Nak kata action movie pun ntah ar. Cam tak action sangat pun. Just memang aku akui ar 18SG. hee :)


p/s: Sape ade tiket KHURAFAT lebey? haha

Shareaholic!