Hey! I see you!

The Landlord

My photo
Lewat remaja. Engineer. Ghimau.

Follow me?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, March 21, 2017

Invitation Cards | Countdown to #maeleeq

Post kedua for to day! KPI one post per month. Ni da terlajak March, kita balas sekali banyak hihi.

Kad jemputan.

Oh nak bagitahu awal-awal.. Ni bukan pasal kad kahwin taw. Ni pasal kad notifikasi untuk menjemput Pengapit, Dulang Boys & Gegurls~ Tujuan? Nak guide diorang on the attire and untuk booking diorang siap-siap untuk majlis nanti. Disebabkan aku ni macam ade minor OCD sikit. So, kalau benda-benda macam tak sync, nanti hati ada sikit itu rasa kelat lah. huhu..

Merepek or leceh eh? Nak wat cane.. Aku memang suka buat-buat2 kad ni. Tapi kreatif ke idok, tak tahulah.. yang penting SUKA :P

1. Kad untuk pengapit (i chose my lovely cousin.. huuuu):


2. Kad untuk Dulang Girls 

I chose my favourite girls. Tapi ada changes sikit. Ada dua orang tak dapat join sebab tuntutan kerja and sorang lagi maybe dalam pantang time majlis aku. LOL. Lucky me, I have my school bestie (hubungan aku dengan diorang ni pelik sikit, Kitorang jarang borak even dalam WA, sampai setahun kekadang tak dengar khabar berita, tapi once jumpa, terus "click"! takde awkward2.. Awesome gila!).


2. Kad untuk Dulang Boys 

Ni pihak lelaki pilih calon-calonnya. Aku cakap syarat dia, ada sikit jambu pon jadilah. Jangan muka rempit sangat. HAHAH. Tapi kad confirmlah aku yang design tapi En Mael ade komen-komen lah.. demand plak zzzzz



Benda ni tak wajib pon.

Saje suka-suka nak ada memory. Bila lagi boleh gedik macam ni kan? HIHI..

Okaylah.. Cukuplah setakat ni.
XOXO

Pelamin | Countdown to #maeleeq

Hai.. Lamanya tak update.

Topik : Pelamin.

Disebabkan aku own Bridal Boutique, I have the luxury to play around with my mini toys lah. Aku punya butik takdelah seGAH @melur_putih or any other wedding planner, tapi bolehlah daripada takde. baru berjinak-jinak katenya.. hehe.

Ciri-ciri pelamin yang aku nak are:

1. Minimalist (sebab aku nak bawak balik kampung by myself)
2. All white (sebab aku malas nak color pelik-pelik and senang nak mix match baju sanding LOL)
3. Takda banyak extra decor pelik-pelik (sebab family aku besar.. kang nak tangkap pic sesama tertendang sana sini barang, sempit lah.. buat pasal)
4. And di sebabkan I ni orang kampung, aku plan nak buat pelamin bawah canopy. Senang. Sekali jalan nikah lepas tuh jadi port tangkap gambar :P (2 in 1).

This is my current perfect idea. :)
Contoh2 design yang sangat aku berkenan.. SIMPLE MINIMAL. hewhew~
Kerusi dengan kepok2 je.. maybe kepok2 tuh aku minimal kan lagi... kalau x tak muat family nak join tangkap gambo. huhu~






Okay..
Nak sambung keje..

Later~
XOXO

Shareaholic!