Hey! I see you!

The Landlord

My photo
Lewat remaja. Engineer. Ghimau.

Follow me?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, April 14, 2012

Luahan aku

Aku tengok kalendar
Aku tengok jam
Aku renung lama cermin meja solek bilik tidurku

Oh...
Dua puluh empat sudah
Seringkali aku dengar pantun ini..
Kereta dah ada
Karier tetap dah ada
Calon dah ada
Bila nak langsungnya?

Huh..
Bukan aku tak nak
Aku sedar itu sunnah
Cuma aku rasa
Tak cukup sedia
Tak cukup ilmu
Tak capai lagi target untuk aku langsai hutang2 jasa ibu yah terutamanya

Ya Allah..
Permudahkanlah urusanku..
Aminn :)

Sunday, April 8, 2012

Konversasi aku dan ayah -.-"

Situasi 1

Satu keluarga menonton cerita Kabhi Kushi Kabhi Gham. Sampai scene Shah Rukh Khan ditendang keluar dari famili.

Aku : Tak payah lah menangis ayah. Akak rilek jer.. HAHAHAHA 
Ayah : (sambil mengesat air mata) Kau ape taw? Kau takde sentimental value. 
Aku : AHAHA. Masalahnya cerita nieyh dah ulang-ulang kali kut tengok. kehkeh
Ayah : Orang tua lain. Hati sensitif lebih. Kau kalau kawen nanti ayah tak tahuler.. Mahu tak keluar bilik lepas walikan kau kang. 
Aku : -.-"


Situasi 2

Di meja makan sewaktu makan tengahari

Ayah : Makan kerabu ni! Penat mak kau masak
Aku : Tak nak.... ! Kan orang tak makan sayur.
Ayah : Ah kau! Ayah doa-doa kau kawen dengan laki fanatik sayur. Takde sayur, tak boleh makan. Padan muka.
Aku : Alah. Small matter. Masak jelah untuk die. Not a big deal. Lalalala
Ayah : Eleh.. Nak masak konon, sayur bayam dengan kangkung pun tak reti nak beza. HAHA
Aku : -.-"


Situasi 3


Aku demam panas. Langsung tak boleh bergerak bangun dari katil

Ayah : Pegi klinik amek ubat nak?
Aku : Kan dah tahu kaklong tak makan ubat?
Ayah : Habes tuh? Dah terok sangat ni? Mata pun merah-merah berair. Panas dalam ni.
Aku : Alah.. 2 ari lagi elok ah. 
Ayah : degil kan kau nieyh??!! EEEIIIIYYYY!!!! Sekarang rapat-rapat berboipren dengan orang Jawa. Nanti lepas kau bersalin, ayah nak tengok macam mana kau telanjamu-jamu, ubat periuk semua tuh. Tunggulah....
Aku : -.-"


SAYA SAYANG AYAH SAYA :)


Shareaholic!