Hey! I see you!

The Landlord

My photo
Lewat remaja. Engineer. Ghimau.

Follow me?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, August 31, 2010

Tandatangan


After favicon, I macam tertarik pulak dengan signature untuk posts. 



(I taw ramay orang dah taw camane nak buat bende nieyh. Tapi, tak kire, I baru taw so I insist nak share jugak kat sini. Ala-ala jakun sikit, tapi, ape ada hal kan? hehe~).

Bende nieyh memang cool. Seap bagi options, nak sketch sendiri tulisan. or use ready made one or even gune our own picture. For the meantime, I layan basic punye dulu. Nanti kalau ade masa free, I letak signature yang cambest sikit. hoho.

Eyh, Lupe! Untuk korang-korang yang nak join buat mende alah nieyh, try KLIK SINI. I da link untuk korang dah bagi senang korang layan.Follow jer semua simple instructions die, dan siap! Kalau dah berjaya, jangan lupe bagi I link, bole I cuci-cuci mata usha Signature-signature korang yang sangat-sangat kreatif itu. =)

x.o.x.o

Monday, August 30, 2010

PILIHAN ANDA (Edisi 5)


Hee~ Dah lama tak buat post pilih-pilih nieyh. Malam nieyh mood Merdeka. Macam mana korang celeb Merdeka yer? Plus betol ker cara korang sambut Merdeka tuh sebenarnya or men layan nafsu remaja hingusan semata jer kan? hee~

Agak-agak mana satu korang rasa rutin paling digemari masa malam Merdeka?

1. Konsert sempena Merdeka?
Jujur I mengaku I tak pernah pegi konsert semata nak celeb Merdeka-Merdeka nieyh. hehe.. Ape rasa eyh? Apa yang best sangat yer? Member-member I ramay gak menyetan I suh pegi, tapi beselah, anak-dara-sunti yang sangat dikawal rapi. Tak sempat nak mintak izin, baru keluar word "konsert", terus halang mentah-mentah. pfft.. Tapi kan, kalau I pegi puwn misti I semput pastuh. Gara-gara ramay orang+sesak+berpeluh-peluh kalah ikan sardin dalam tin. hoho! Anda mahu? Saya tak nak! 
Giler!!!!
2. Duduk depan TV laung Merdeka! Merdeka!
Memang aktiviti peberet kalau kat umah. Sape setuju angkat lobang idung kening. Yelah, tak tengok konsert Live, tengok kat TV Live puwn layan r. Noob. Lepas tuh, tyme countdown pukul 12, masing-masing bersorak Merdeka! Merdeka!. (Oops! scene nieyh I tak buat. Gilo apo jerit-jerit tengah malam sorang-sorang.) Lepas tuh berkumandanglah lagu-lagu patriotik bagai kasi hati touching lebey sikit. kehkeh... layan maaa~


3. Berkonvoi ?
Penah nampak tak ada konvoi ramai-ramai naek moto + kereta +van + lori bagai sambil kibar bendera? mesti penah kan? taun lepas I sajer jalan-jalan pusing UTM tyme malam Merdeka, pastu dengar bunyik bising-bising macam meriah hebat jer kan. Usha punye usha, rupe-rupenye ada konvoi (memang ramay wa cakap lu) buntik-bunyik hon, sambil pasang lagu patriotik kuat-kuat pusing 1 UTm. bukan sekali, banyak kali kuwt. memang semat lah! senyum sampay dahi aku tengok ! Teringin maw join.. 


4. Mengedate/Meronggeng sakan ?
Mesti sonok mengedate tyme malam Merdeka kan? Sebab, esoknye cuti Umum. Tak payah pikir pasal kena bangun awal esok pagi nak pegi keje lah, nak pegi kelas lah, kena seapkan esemen lah, apelah. hoho~ Errkk! taw tak ape maksud meronggeng? ala lepak-lepaking r. Layan midnight movie ker malam tuh, tengok bunga api ker, karok berpam-pam, maple lagi. Fuh! pastu balek umah kul 4-5pagi, membuta sampay maghrib. Sahur entah ke mana, puasa entah ke mana.heh~


~Happy Merdeka rakan-rakan~

Malam nieyh I nak lepak Balai Cerap. Kawasan tertinggi kat UTM, usha Fireworks. Jakunlah sekejap. Sejak dok Johor, level Noob bertambah-tambah. hehe~ Credits to Aryana the photographer.


Saturday, August 28, 2010

Genie #2


Genie.. Genie..

Here is my 2nd wish.

A LEOPARD PRINT CARDI




I prefer the one without front buttons. 
But, button up cardigan will be an awesome one too.


p/s : Anybody got idea where I can get this freaking piece? Please.. Please.. Please do tell me ya~ thanks!

p/p/s : Aryana bebeh! Sorry, I copycat your dress-hunt post. hoho~~ kinda stressed out here didn't find the available thou.

Friday, August 27, 2010

Penantian itu Satu Penyeksaan


Awal-awal dah lagi plan, nak buat surprise iftar especially untuk Birthday Girl.
(maksudnye nak buat celebrate birthday (surprise) tyme buka puasa ). ok.paham? bagus.

Petang tuh dah bahagi 2 group:
Group A ( Viva & Ego ): Afy , Mimie , Huda , Sara
Group B ( Kancil ): Ika , Ellisa , Zana a.k.a Birthday Girl

-Rentetan Peristiwa-

6.20 pm
Group A berlepas ke Jaya Jusco Taman Universiti bagi menjalankan misi menyergah Secret Recipe

6.21 pm
Group B berlepas ke Bazaar UTM membeli juadah berbuka

7.00 pm
Group B gerak ke Tasik UTM (tempat kejadian 'surprise iftar') tapi kitorang pulak terkejut?  Erkk?? Mana budak-budak nieyh? Call punye call, ermm... shopping lagi rupenye. Ada tujuan laen pulak. Adoiy. Tapi, diorang pesan nak bagi selesa hati yang sedikit panas ni, "Sabar eyh weyh, kijap je lagi kitorang sampay."

7.05 pm
..

7.06 pm
....

7.07 pm
......

7.08 pm
........

7.09 pm
..........

7.10 pm
............

7.11 pm
..............

7.12 pm
................

7.13 pm
..................

7.14 pm
....................

7.15 pm
......................

7.16 pm
........................

7.17 pm
..........................

7.18 pm
.............................(*&^%$#@.............................


Ok! Selamat Berbuka. ( masing-masing wish dengan rasa kesal dan hati yang sebal )

Menunggu memang bosan. Lagi bosan bile kena menunggu tyme puasa. 
So...... layan aktiviti camwhoring jerlah ..hu~

Pemandangan Tasik UTM. Memang feel layan tyme bukak puasa. hehe
Si Oren melahap karipap Sardin , Si Biru layan Popia Otak-Otak , Si Ipanema dok silent poser
Yeah ! Saya layan Samosa! Nyum Nyum.

Huh. Engatkan 2,3 minit lewat berbuka dengan kitorang. Da hilang matahari kaler merah muncul bulan baru sampay. Adoiy.

Ape jadi dengan Surprise Iftar? 

Sambung nantilah.... hurm... tersiksa taw...

Pengalaman Pertama

Ehem. Confession - I tak suke makan kek (except chocolate cake). Perut akan terasa macam kacau-bilau, tekak rasa geli-geleman, memang ada feel nak throw up kalau kena paksa makan lagi - lagi moist dier (no offense to Secret Recipe addicts ). 

Tapi, geli-geli puwn, tadi I baru belajar macam mana nak buat kek ( First time! Bangga taw. Ecece.) Ok, I mengaku I noob. Tapi "Kek Batik" jer lah. Kuikui. No need the mighty oven, no need cute-hello kitty aprons, just having fun with multi-purpose-cooker (MPC) accompanied by spoons. yeah! SUDU. hehe..

Step 1

Pecahkan Miss Marie kepada beberapa pecahan mengikut hati dan perasaan ( i prefer pecah empat je)


Step 2

Mr.Butter ( haha! sekali tengok spelling, maksud Mr.Butter macam Encik Bon-bon. lol ) dicampak masuk ke dalam Mr.MPC. Lepas tu, tabur Encik Susu F&N. Kocak-Kocak sampay lenguh.


Step 3

Baby Milo coming. He's coming. He's coming now.


Step 4

Ok puan-puan, kita gaul sampay sebati yer. ( Sile buat tone suara Chef Wan )


Step 5

I tak sempat snap pic tyme Miss Marie bermesra-mesra dengan campuran tu. Lepas tu, masuk dalam tupperware, penyet-penyet ayam penyet . SEAP!


Ops! Lupe pulak! Credits to :

Chef Afy
Mimie Penyet
Zana Malas
Ika Pembantu Rajin
VIP Huda
Perantau Sara
Perantau Ellisa

Dah penah try? Best! Sekejap jer buat. Tak sempat berpeluh pun. hehe~ Tapi, I bukan makan puwn. Tak kena pulak dengan tekak I. Kalau korang gile Milo, memang resepi terbaek ah untuk korang. heh. Selamat Mencuba! Dah cube Resepi Kuih sebelum ni? hee~

Wednesday, August 25, 2010

The Moment



Sorry.Entry Loba-Loba. By the way, I love this two freaks. Especially the Gorgeous one.

Genie #1


Genie.. Genie..

You promised to grant me three wishes. (haha! bile masa ntah. tyme dekat-dekat nak raya nieyhlah mula berangan macam-macam). (Ok. continue..) But now I only thought one of them. The other two coming soon ya??

Ehem ehem Uhuk uhuk..

I want THIS for becoming Eidul Fitr.

AN ANKLET


Bolelah eyh? Murah jer.. tapi I maw pure silver or atleast 90% silver. Bole eyh? hehe~ Nak yang simple-simple jer.. Tak maw semak-semak macam kat bawah nieyh. heh~



Thanks! 

Rahsia Kita Berdua


Honestly, I jenis orang yang tak suke layan song lyrics. But, this is one hell exceptional piece. Great lyrics. Heart for it! Credits to Fynn Jamal. Actually I rasa lagu nieyh macam dah posted 1year ago through Youtube. But, biasalah... I baru tahu. Itupun lepas one of my friend kecah kat FB. hehe~ Ok! nak share nieyh. Check it out the lyrics.. =)

150 juta kali by Fynn Jamal

Kalau nak tengok Fynn Jamal perform this song, jangan segan-segan ayam Klik Sini.


Versi sopan layan lagu nieyh jugak! sonok2!! untuk versi video, KLIK SINI.
Untuk kali keseratus lima puluh juta
Mereka tanyakan engkau soalan yang sama
“Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?”
“Apa kau buta, apa kau pura-pura suka”

Di seratus lima puluh juta kali itu
Di depan semua engkau tarik tangan aku
Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu
Sambil ketawa engkau bilang satu per satu

“Dia mungkin bengis seperti singa”
“Tapi dia nangis tonton cerita Korea”
“Dia mungkin keras bila bersuara”
“Tapi dia jelas, jujur apa adanya”
“Aku lagi kenal dia”

Dah lebih seratus lima puluh juta kali
Aku pesan padamu apa yang bakal jadi
Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
Engkau sangat manis, aku ini pula dawai besi

Di setiap seratus lima puluh jutanya
Aku pun dalam hati semacam tak percaya
Apa kau lihat pada aku jujurkan saja
Terus kau cubit dagu aku, sambil berkata

“sayang mungkin baran tak kira masa
tapi sayang tahan kalau salahnya saya
sayang mungkin saja keras kepala
tapi sayang manja bila kita berdua–

saya kenal sayang saya”

Buat apa dicerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya
Peduli orang kata
Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna
Kalau hati tak ada

Aku lebih bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi cinta
Suaraku keras tak berbahasa
Kerna aku rimas gedik mengada-ngada
Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala
Aku punya manja, kau saja boleh rasa

Rahsia kita berdua..

First Test Semester 7


Test 1
24August2010 
Subject Well Diagnosis
Chapter 1,2,3
Theories and Log interpretation

Urgh! Tak tido langsung 1malam menelaah tiga chapters yang memang-memang-memang tak boleh tahan banyaknya. Biasalah.. student malas macam i nieyh, memang last minute ajerlah kan. Masa awal-awal belek-belek jer notes. Tengok-tengok jer point penting vs point boleh bwat bodo. Ada semangat sikit, layan nota kaki. Tambah sikit buat mind mapping. 

Owh. memang miserable.


Dan-dan sampay malam terakhir before test, tak hafal-hafal lagi fakta-autanye. Kalau setakat maen kire-kire, tit tot tit tot kalkulator tuh, agak boleh blah lagi. Naseb baek ade selit Log Interpretation, carrying about 25 marks out of 40 dalam test. yes! nampak strategi kat situ. Balun ika, jangan tak balun.heh~ 

Untuk theories berlambak-bersepah tuh, nak tak nak, kena guna space dalam otak pulak juga bakat menghafal. Sambil-sambil tu, hati dah pasang niat (bukan niat puasa ok) dah "memang confirm nak layan toyol pink (sebab tulis mindmap gune pen kaler pink) esok nieyh. By hook or by crook. huh..."

Masuk jer kelas, masing-masing pasang strategi. Ada yang conteng key points kat meja, ada yang duduk dekat-dekat dengan orang-orang 4flat, ada yang urut-urut leher kasi panjang sikit sedia untuk proses menyekodeng nanti, ada yang gerak-gerak engsot-engsot kerusi sikit rapat-rapat dengan membe sebelah, ada pulak yang bawak toyols bermacam-macam warna. (erkk! tetibe tergigit lidah. hee)

9am. Lecturer masuk. Distribute sehelai handout quiz. Gulp! banyaknye soalan.. Tapi muka kabe sikit. Mana bole tunjuk gabah, hilang macho. cheh. Dengan lagak pro, i layan soalan satu persatu. Tibe-tibe blank sekejap, dah kenyit-kenyit dekat toyol pink, riki kanan, riki kiri, ok..clear! 

Tibe-tibe telinga chomel terdengar sayup-sayup bunyik orang berjalan kat belakang. Usha sekejap, kusss semangat, pandangan mata beliau bertemu pandangan mataku yang seraya tunduk. Haha! syot! tak bagi muka langsung. Suke jer berjalan-jalan dekat-dekat dengan tempat i. I wangi (sniff sniff) sangat ker sampay die 2 3 kali lepak jer 3kaki jarak die dengan i? cheh. takde peluang nak buat jahat.

Situasi test same sahaja. So, toyol harini menderhaka. Damn! Tak berjasa dengan i. Naseb baek bolelah i mencarut essay sikit untuk test. Ape gune bakat berblog kalau tak boleh mencarut dalam test kan? hehe~

Ok! pukul 11am, habes test, mata dah separoh terbukak, kepala dah tingtong-tingtong, cakap dah lalok-lalok, dahi dah berdenyut-denyut, jalan dah longlai-longlai, bukak pintu, tukar baju, nampak katil, terus serbu. Tak endah Blinky, Tak endah Diddy, Tak endah Stitch, Tak endah Satan. (Perhatian, nama-nama pelik itu semua buah hati tempat beradu i).

Bangun pukul 6.12pm. (setelah dipaksa keras) Eysh2.. anak dara sape nieyh? sekarang mengadap blog. Ape nak jadi? =)

**Sorry dearies, tak update blog lama dah. still in mourning mode. hee~ serabut sikit. Now I am getting myself back. Thanks Chipsmore and Besties. Love.**

Wednesday, August 18, 2010

Trauma


Text from Mrs Rohayah:

"Selamat berbuka. Banyakkan istighfar. Minum air selawat 3 kali moga rasa takut hilang. Yang dah berlaku tak perlu ibu tanya. Harap dapat muhasabah diri cara akak pandu keta. Ibu mula risau."

Hurm.. pedas di situ. 

Kronologi :

Tadi jam 11pagi, berlaku lagi incident yang memang aku tak nak berlaku sepanjang menjadi pemegang lesen P. Avanza merempuh Lagenda. Terbang sorang laki Cina betol-betol sebelah aku tup-tup lepas moto dier cium sudut hadapan kanan keretaku. Muka aku memang pucat lesi teros. Tak tahu nak buat ape. Pakcik bas, pakcik sapu sampah, abang-abang bermoto dropped by tolong setel mangsa, tolong call ambulans, tolong call pak guard. Aku pandang sayu kereta kesayangan nyawaku tu. hurm. Mood down gile.

Terus aku call ellisa (classmate), bagitau aku tak masuk class -> accident. Die dengan risau terus pantas datang ke tempat kejadian. Sesampay die ke tempat kejadian, die tak tahu nak buat ape. Nampak aku terkedu duduk sorang-sorang kat bus stop pandang kereta yang dah ternoda. Niat dia nak comfortkan aku terbatas bile dier tengok mata aku dah merah, tinggal keluar air mata air je. Aku terus mintak die tolong contact budak laki. tolong tukar tayar. Tayar aku pecah. Syot je. Tayar moto si mangsa tak pecah lah pulak. hu~

Tup-tup sampay rombongan cik kiah - 4 orang perempuan, 5 0rang lelaki dengan niat suci tulus ikhlas nak tolong rakan Trauma mereka sorang ni. Datang pulak Pak Guard, kena deal dengan pak guard pulak. Sampay scene tukar tayar, rupa-rupanya rakan-rakan lelaki aku nieyh kurang oengalaman pulak. hihi~ kelaka. takper.. atleast, they are there. They are really there helping me out. Thanks! Abang Kuda sampay sebagai Superhero! Kagum dengan kekonpidenan dier menukar tayar tersebut. huhu~ Respek!

Ok, aku dah snap pics khas untuk santapan my blog readers dearies.

Muka dah rosak
Moto mangsa pandangan hadapan

Pandangan atas. hurm.

Rakan-rakan yang tegar berusaha


Sekali jek-jek kete, kete tak naik da..


Superhero dah sampay!

Owh! sempat korang posing yer. Thanks bebanyak rakan-rakan. dari kiri Huda,Ellisa,Mimie,Siediq,Azad,Pisang,Mazney,Nik,Zana. Tidak lupe yang paling fleksibel itu, Afy.

Urgh! keretaku.. keretaku..

Tuesday, August 17, 2010

Chantek bawak Mati


Hari ini i tiba-tiba rajin nak bukak web "Berita Harian Online". Jenuh jadi katak kat UTM nieyh. heh~ Ada macam-macam cerita rupanya. Kes buang bayi tak habes-habes lagi. Nak tunggu sampay sorang kena hukum gantung baru nak kecut ke. Kes bunuh-bunuh family sendiri, kes simbah asid. Nauzubillah~ Kenape tyme Ramadhan nieyh jugak kes-kes macam nieyh up balek. Seram.
Tapi, i macam taknak ulas tajuk-tajuk hebat tuh. I tak mampu. (diri ini sedar diri ini siapa.=)) I just nak selit info pasal produk chantek-chantek nieyh. Kalau korang perasan, sekarang macam berlambak-bersepah-sepah stokis jual produk chantek-chantek nieyh. Tak kesahlah tradisional ker, moden ker, khas untuk lelaki ker, perempuan ker, same jer semua. 

Lagi sadis sebenarnya bila i dapat taw ada pengguna meninggal sebab niat nak terai-menerai produk-produk ni termasuk penyakit kronik even gila. I terpikir jugak macam mana produk ni bole dapat lesen jual terang-terangan kan. Rupanya, lepas dorang dapat kelulusan,dorang sorok-sorok mix produk tu dengan benda-benda pelik konon bagi kesan segera kat pengguna sebelum diedarkan di pasaran. Eysh! hebat penipuan yang berlaku di situ.

So,kat sini i nak share info sikitlah. Tak baek kedekut ilmu kan? kan? hee.. Cube korang try test check it out list nieyh. Mana taw korang berkait ker.

Produk disenarai hitam Kementerian Kesihatan


Produk pelangsing badan berdaftar ada sibutramine:
 
-Kintop 
-Body Beaus 
-BMI-9 Xylimming Capsule 
-Senna Plus Capsule 

Produk tidak berdaftar mengandungi sibutramine: 
-Lami 

Produk berasaskan makanan mengandungi sibutramine: 
-Obexlim 
-Slimax Coffee 
-Beaute Fit Body Contour 
-Body Trimz 

Produk tradisional berdaftar yang mengandungi steroid: 
-357 Nasal Spray 

Produk tradisional tak berdaftar mengandungi steroid: 
-Makjun Taufiq Dua Istimewa 
-Majun Dua Istimewa 
-Ginseng Jin Fui Wan 
-Maajun Tenaga Herba Ubi Jaga 
-Jamu Tradisional Jaya Asli (Anti Asam Urat) 
-Red Brand Ginseng Plus Zheng Fei Capsule 
-Ren Sem Tu Chon Chin Kuo Pill 
-Makjun Syafiq 3 Istimewa 
-Reepo

Produk berasas makanan yang mengandungi steroid:  
-Air Ikan Haruan 

Produk kosmetik yang mengandungi hydroquinone dan tretinoin atau salah satu: -Eriesya Spa Beauty Cream 
-Atika Beauty Renewal Cream 
-Temulawak Whitening Pearl Cream Papaya 
-Ratna Sari Whitening Night Cream 
-Tia Amelia Krim Jeragat 
-Chantique Whitening Night Cream 
-RZAC White Pearl Cream 
-Nuriz Day and Night Cream 
-Elite Rias Er Cream 
-R&Z Whitening Night Cream 
-Beauty Line Beautitude Multipurpose Cream 
-Pigmentation Recovery Complex 
-Zara Rejuvenation Cream 
-Natasya Krim Herba Gold 
-De Putih Night Cream 

Produk tradisional berdaftar ada antihistamine 
-Eng Leong Cordyceps Chuanbei Plus Cough Pill 

Produk tidak berdaftar mengandungi antihistamine  
-Pil Zhen Zhu Bai Fong Wan 
-Qian Tong Dan 
-Raja Ubat Resdung 
-Coral Plus UA 350MG

Takpayah guna jamu puwn bole chantek. Bole slim. =) Nak rambut macam die! tetibe terasa macam nak rebond jer rambut nieyh. hehe~ (kepada kanak-kanak, jangan tiru aksi minum air shi-shi setan ini, tiru rambut xper)

P.S :Nasib baek tak terkait. Terkejut kejap tadi ada word "Natasya". Naseb baek "Natasya Gold". Fuh! tak terlibat.
P.P.S :Tumpang gembira Obama sokong pembinaan Masjid dekat-dekat dengan tempat keramat 9/11 tuh.

Shareaholic!