Hey! I see you!

The Landlord

My photo
Lewat remaja. Engineer. Ghimau.

Follow me?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, September 26, 2016

Preparation for Simple Engagement Day #throwback

Hai!

Siapa bakal bertunang boleh lah cedok idea sikit-sikit untuk plan korang ye.. Tapi idea ni bajet version taw. sebab sebenarnya aku malas nak bertunang-tunang ni semua.. Tapi at certain time.. certain place.. kita kenalah bertoleransi dengan keadaan masing-masing. Hence, SIMPLE TUNANG DAY yet INTIMATE berlangsung.

Hence, this post bertujuan untuk share yet give ideas to all fiancee-to-be..


Tarikh : 13.3.2016
Untuk tarikh majlis, korang try to discuss with both families supaya tak kacau jadual kerja/cuti masing-masing. Jangan risau pasal cuti sekolah or not...Yang penting kedua keluarga yang nak mengikat tali pertunangan ni available. Lagi-lagi kalau keluarga lelaki perempuan jauh nun utara dan selatan.. lagi kena pikir banyak.. 

And kalau boleh korang buatlah majlis hari Sabtu or hari yang esoknya cuti umum supaya family/kawan/tetamu yang travel jauh tuh takdelah penat sangat kesokan harinya selepas attend your majlis :) n other words.. Be considerate ye.. Jangan jadi macam aku.. punya lah aku nak tarikh cantik untuk majlis, tak terpikir majlis tuh jatuh on hari Ahad.. Kesian makcik pakcik aku penat nak keje esok hari... huuu.... Ampun!

Lokasi: Rumah Keluarga - 1 Kanopi Piramid (Kos RM230)
Kalau korang nak buat kat dewan.. Buatlah.. maybe meriah sikit.. Aku pk jimat je.. tapi xdelah jimat sangat.. Bilik aku kena hias jugak rupanya.. zzzz.. And aku rent 1 kanopi biasa (deco sikit-sikit je) untuk tetamu duduk and makan-makan sebab rumah kampung aku xde lah besor mana.. hihi



Invitation Card (kos RM0)
Aku hantar e-card (edited from coprinted website) thru WA only to families 
(belah arwah ibu-melaka, belah ayah-perak, belah stepmom-N9)



Pelamin Tunang (Kos:: RM0)
Pelamin pun sponsored by my own bridal. Just penat lelah buat sendiri jelah. huhuhu..
Ni tempat nak sarung cincin je.. Buat sendiri sudah.. 



Barang Hantaran: 5 balas 5 (Kos RM335)
Ni terpulang budi bicara masing-masing.. Macam aku.. aku taknak bagi barang sangat pon tapi family nak bagi.. Aku pikir cincin seketul cukup da buat tanda.. Tapi when it comes to dealing with family.. ada lah tambah sana sikit sini sikit.. zzzz... Aku ade baca blog yang cakap untuk majlis tunang, barang hantaran kalau boleh yang edible je.. tak payah barang-barang sangat.. sebab nak buat meriah majlis je :)

Untuk Dulang Hantaran dan hiasan.. Tema aku Sehijau Warna Daun sebab aku nak match dengan baju tunang.. And sponsored by my own bridal company, Sirih Junjung Bridal.. So jimat sangat time ni.. Syukur~


Hantaran Lelaki ke perempuan:
Cincin Tunang
Tepak Sirih dan Duit Tanda Wang Hantaran 
(Kalau Wang hantaran yang dipersetujui adalah RM20,000.. Duit Tanda yang diberikan hanya RM200. Adat ni pon aku baru dengar dari pihak lelaki.. ikotkan jele huhu..)
Kain Baju Nikah
Kek
Buah


Hantaran Perempuan ke Lelaki
Sirih Junjung (RM5)
Kain Baju Nikah (RM300)
Buah (RM10)
Chocolates (RM20)
Chocolates lagi? (ni sponsor dari makciks.. sepatutnya kek tapi entah macam mana diorang tukar plan.. layan jela.. LOL)

Baju Tunang (Kos: RM0)
Untuk baju tunang aku memang cheapskate amat. Aku pakai baju hijau ade border lace sikit-sikit yang sepatutnya aku pakai time wedding bff aku tapi tak jadi sebab aku jadi pengapit so kena pakai baju lain.. Jadi baju ni masih dara untuk majlis aku.. Aku malas nak pakai company aku punya dress tunang sebab meriah benau.. haha.. And Veil pon aku malas pakai sebab cam over je.. #Bajetsimplepersonsangat.. Baju lelaki plak, dia pakai kemeja putih je sebab malas nak bli baju baru nak kena dengan tema majlis semua bagai.. Lagipun lelaki tak wajib datang pon kan?


Doorgift : Botol plastik isi Kacang / Sweets. (Kos RM200)
Untuk doorgift aku tak taw kenapa aku effort sangat nak buat sendiri.. HAHA. Tapi I tell you what.. Superb Jimat.. And boleh personalised. Kalau kat luar I bet boleh dapat RM2.50 per pcs paling murah.. Itu pon tak masuk postage charge lagi huhu..

Aku beli botol ni 300ml size, 128pcs dengan harga RM0.50/pcs di instagram @dealer_botol.
Ni yang paling murah setakat yang aku survey and botol-botol dia banyak pilihan. Servis pon tiptop huhu.. 

Untuk Favor tags, aku design sendiri, edit sendiri, print sendiri, atas recycled paper yang da lama terperuk dalam laci, and ikat dekat botol sendiri (bersama adik-adik) sampai lenguh tengkuk haha.. Untuk Kacang-kacang and biskut aiskrim tuh, aku beli kat kedai borong je kat NSK, 1 tin besar RM40++ (ikot jenis biskut korang nak).


Makanan (Kos: RM235)
Aku buat time petang so menu tea-time lah haha..

Bihun Goreng Ayam (Makcik pakcik sponsored)
Karipap Ayam (RM150)
Air oren ais dengan teh O panas (Makcik pakcik sponsored)
Utensils - Tray makanan, air semua, sewa from kantin sekolah stepmom (RM70)
Mangkuk polisterin, Sudu plastik (RM15)

Kalau korang rewang basuh pinggan mangkuk tray semua sendiri, silalah sediakan axion, span basuh pinggan mangkuk semua.. time majlis kau kelam kabut sikit so tak teringat plak item ni.. hii..

Photography (Kos RM0)
Guna Phone masing-masing.. Tak mampu nak hire photographer sebab ermm.. macam no need je hihi..

All in all : Total RM1000 cun-cun..

Favourite Friends (sarah busy shooting.. Huda dalam pantang... so couldn't come..Sad)
#SaraGanu busy shooting Clever Girl..
My awesomenes Perak Aunties and Cousins

Siblings forevah

Terima Kasih ye datang :)

Our countdown is until July next year InshaaAllah.. Pray everything will be better :) Aminn.. Doakan ye!

Shareaholic!