Hey! I see you!

The Landlord

My photo
Lewat remaja. Engineer. Ghimau.

Follow me?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, March 12, 2011

Aku bebel sekejap. Nak dengar? Pasang telinga elok-elok, nanti tak tahan, skru tertanggal, tak masuk campur.

Aku dah lama tak bebel randomly. Malam ni macam ada keinginan, Tapi tetibe takde. Ada sekejap, pastu takde. Macam biskut.


Harini banyak kali aku kecewa. Sangat-sangat dissapointed. Macam-macam benda aku terpikir-pikir terawang-awang harini. Emosi bercampur baur. Tensi-tensi macam ni, keinginan nak kaler rambut semakin menebal.


First, pasal PSM. Tiba-tiba core aku tak boleh guna. permeability dia sangat-sangat kurang (sorry, guna bahasa kejuruteraan sikit kat sini). Nak diskusi dengan lecturer, dia pergi lepak KL pulak, tak tahu sampai bila. Naseb baek ada mamat handsome nama Fakhrul Rafhan yang sudi bantu aku (even aku kena balas budi dia tak lama lagi). Dia sanggup derma core baek punya kondisi kat aku. Thank you jugak kat Pali sebab selamatkan keadaan. Sok maw masuk lab. Harap-harap keadaan lancar seperti diharap.


Second, pasal $$$$. Mak aku masuk RM150 kire extra duit poket takut anak dia tak cukup makan bergantung kat biasiswa Petronas, tapi anak dia yang tak reti nak bersyukur + tensi memanjang dan perlu menshopaholickan diri sendiri tetap rasa tak cukup jugak. Hummph!! Biase dia! Babap kang! Eysh! Iyolah, Laptop mula buat hal. Boleh pulak tak boleh connect wireless. Damn! Nak akhir-akhir sem ni, ko suka carik pasal dengan aku kan?


Third, pasal hubungan. Naseb baek hubungan aku dengan parents makin OK. Takde unsur-unsur gerem-gerem macam dulu. Dengan adek-adek aku makin best. Makin havoc. Makin diorang dah besar, aku rasa makin sayang aku dengan diorang, lagi-lagi dua ketol adek lelaki aku tuh, Sorang KEREK MANJE, Sorang NERD-NERD AYAM. Kalau nak bagitahu mana satu kerek mane satu manje, pasti korang boleh teka tengok sekilas gambo bawah ni kan? heh.. Pasal si dia, PJJ memang payah dan manusia memang payah. fullstop.


Gambo blur sebab low MP. Aku nampak kampoang sebab aku memang orang kampoang. heheh.. :P


Fourth, pasal MAXIS. Selambe ko potong kredit aku setiap kali aku topup kan? Macam haram. Aku topup RM10, aku guna tak sampai RM2, esok-esok tengok dah tinggal RM 0.00. Apecer? Bukan sekali, bukan dua kali, dah berkali-kali. Memang sakit hati. Hampir RM50 abes sebab ko selambe lost tak faun-faun kredit aku kan En. Maxis? Hummph! Bukan pasal kredit jer, Aku rasa, pasal broadband pun, aku nak terminate jer, Buat sesak pala otak jer pikir hutang menimbun.


Fifth, pasal sikap sendiri. Makin hari, makin malas nak gi kelas. Apehal? Dah nak abes kut. Dah bulan tiga. Tolonglah sedar diri. Asek-asek kerja last minute. Tolong muhasabah diri sendiri ok? Jangan asek nak leleh-leleh baca surat-surat ibu dalam koleksi tuh. Menyesal kemudian tiada berguna. (Seronok menganjing diri sendiri kan?)


Oklah, wa da puas bebel. (Tenang sikit hati)
Moga hidup aku, perjalanan aku, semakin lancar selepas ini. Doa untuk aku. InsyaAllah~


Cau cin cau dulu. Adios!
P/S : #prayforjapan

2 comments:

Anonymous said...

Kampuang kampuang pun kau kawan terbaik aku! :)

Nur Atiqah said...

Cayang Ari!!!! Mmuah mmuah!! HAHA

Shareaholic!