Hey! I see you!

The Landlord

My photo
Lewat remaja. Engineer. Ghimau.

Follow me?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, January 4, 2011

Catatan itu sesuatu

 

Dulu-dulu masa sekolah rendah, cikgu selalu ingatkan aku salin nota yang dia tulis kat papan hitam. Entah aku paham entah tidak aku bantai salin jer semua. Lagi laju cikgu tulis, lagi ke arah kedoktoran tulisan aku. Lagi penuh papan hitam cikgu conteng, lagi kuat mengeluh aku, sambil berzikir "bilalah nak habes nieyh? hoh!".

Naik sekolah menengah, cikgu disiplin suruh aku bertugas mencatit nama budak-budak buat masalah. Datang lambat ke sekolah, memang sah-sah muka aku yang menempek kat pagar sekolah tulis-tulis nama. Kalau tak sempat tulis, tarik baju dia, sound sikit, "masuk baju dalam seluar, terima kaseh". Lepas perhimpunan, selambe pulak aku kena catit nama budak-budak yang pakai setokin kaler pelangi (padahal aku sendiri layan), rambut ala-ala amoi keje saloon, buat tali leher jadi pekasam kat umah, semua tak lepas jadi mangsa aku. kat kantin pulak jadik mak guard tengok barisan. Choiy!

Masuk Matrikulasi Perak, ibu pesan "Catat segala isi-isi penting yang pensyarah cakap kat depan. Sediakan buku nota khas. Jangan melopong-menganga jer tengok kosong dia membebel ". Aku pun, beli notebook chantek-chantek, tapi harem.... isi takde. Sayang nak conteng. Hoho.. Takut pulak nak menodai buku tuh.

Sekarang dah sampai semester terakhir (insyaAllah), aku mula nak mula hobi baru. Berkepit dengan Diary. Nak tulis setiap momen-momen penting dalam tuh. Make it usable. Tapi, bukan macam typical Diary tu yer - Those synopsis/summary of what you have done through out the day. Oh! bukan seperti itu. Instead, semua meetings (eceh, macam kerja CEO. haha), appointments, agendas, pasti akan aku catit. Tak lupe list-list barang untuk aku shopping. Juga aku catit dalam Diary itu. Macam ala-ala korporat kan? HOHO



Setakat ini misi berjaya. rasa macam kehidupan serabut aku lebih teratur. Lebih skema diriku dibuatnya. Bila lagi nak skema kan?Time belajo ler. Betol tak? Betol tak? kui kui.

p/s : Semangat lebih nak layan diary sebab perasaan teruja terlebih dapat free diary TNB edition. Color hijau pokok pisang.. Spoil betol.. hoho

***

Sukelah dengar lagu ni. Boleh tahan gak Katy Perry nyanyi live kan? :)


2 comments:

Anonymous said...

Nak gak ad diary cam aku tu.. Huhu! :p

Nur Atiqah said...

diary ko karat. tak masuk korum.. heh

Shareaholic!